BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Lilypie Kids Birthday tickers
Showing posts with label gila geli by mimi. Show all posts
Showing posts with label gila geli by mimi. Show all posts

29 March 2010

hanjing yang cerdik pandai..

Dua orang perempuan sedang bercerita tentang anjing-anjing mereka.
Keduanya saling membesar-besarkan cerita mengenai kepintaran
binatang peliharaan mereka.

Perempuan 1: "Anjing aku hebat betul. Tiap pagi, dia tunggu penjual
akhbar, anjing aku akan membawa akhbar tersebut ke tempat aku
sedang bersarapan."

Perempuan 2: "Ya, aku tahu tu."

Perempuan 1: (hairan) "Dari mana kau tahu?"

Perempuan 2: "Anjing aku yang cerita."


Read more...

gengster

Sebuah kumpulan gangster menghadapi masalah untuk mengutip wang perlindungan
dari peniaga. Ini kerana pihak polis sering membuat intipan dan tangkapan.
Ketuanya mengambil seorang bisu untuk mengutip wang tersebut. Pada
pendapatnya, tentulah polis sukar untuk menyoal siasat si bisu tersebut.

Maka si bisu pun mula mengutip wang dan berjaya memperolehi RM50,000.

Walaubagaimana pun, dia menyembunyikan wang tersebut di suatu tempat rahsia.
Maka pada hari yang telah ditetapkan, ketua gangster mengarahkan orang-orangnya
memanggil si bisu. Apabila dipanggil, si bisu itu berpura-pura tidak dapat berkomunikasi
dengan mereka. Lalu mereka pergi berjumpa dengan seorang pakar bahasa isyarat.

Gangster : Mana wang tu?

Pakar menunjukkan isyarat kepada si bisu...

Si bisu menunjukkan isyarat untuk "Aku tak tahu apa yang mereka katakan."
Pakar bahasa isyarat memberitahu gangster tersebut. Dan gangster tersebut menghalakan
pistol ke arah kepala si bisu.

Gangster : Aku akan tembak kepala kau, bisu...

Si bisu menunjukkan isyarat "Duit RM50,000 tu aku telah sembunyikan di taman permainan
di bawah kerusi yang ketiga dari pintu masuk."

Pakar bahasa pun berkata kepada ketua gangster,
"Dia tidak tahu dimana wang itu dan kalau kau nak tembak. Tembaklah... "


Read more...

25 March 2010

Karipap 3 Seringgit.

Seorang murid di tanya oleh guru matematiknya.

Jika sebiji karipap berharga empat puluh sen, berapakah harga untuk tiga biji karipap?
Tanya gurunya.

RM 1 cikgu!. jawab murid itu spontan.

Salah tu. tegur si guru penuh kasih sayang.

Mungkin Amer tak paham soalan, biar cikgu ulang semula, dengar betul-betul.
Sebiji karipap berharga empat puluh sen, berapa harga tiga biji karipap?.
Amer tetap memberi jawapan RM1

Salah tu Amer,cuba kira betul-betul. Respon si guru dengan sabar.

Tapi cikgu, tiap-tiap pagi bila saya pergi membeli karipap di warung berhampiran
rumah saya, makcik jual kuih tu selalu kata;
kueh karipap sebiji empat puluh sen, tiga biji seringgit!


Read more...

22 March 2010

pelajar tak ley bla..

Seorang guru meninggalkan kelasnya beberapa minit untuk ke tandas....
Ketika dia kembali ke kelas, dia sangat terkejut kerana semua
muridnya sangat diam dan bersopan..tidak seperti biasa jika dia masuk
ke dalam kelas tersebut, murid-muridnya pasti sedang
bising dan bermain. Lalu guru itu berkata...

"Selama saya mengajar awak semua... tidak pernah pulak saya melihat
keadaan ini. Ini sangat menghairankan... boleh sesiapa tolong
beritahu.. apa sebenarnya yang terjadi?? guru itu bertanya dalam
keadaan seperti hendak pitam...

Tiba-tiba.. salah seorang muridnya bangun dan berkata..
"sebab... cikgu pernah kata dulu... jika cikgu dapat melihat kami
semua diam dan bersopan cikgu akan mati terkejut.... ha ha ha"
sambil memerhatikan gurunya jatuh ke lantai.. dan kelas kembali
bising macam biasa...


Read more...