BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Lilypie Kids Birthday tickers

03 March 2011

anakku

so entry kali niy nak berseloroh tentang anak buah aku. haha. hamster peliharaan aku. wah. sejak bila plak an aku ade haiwan peliharaan ni kan? al kisahnye bermula pada suatu hari. kakak roomate aku si zaza mau balik labuan. so dye tinggalkan hamsternye kt umah kami. pada mulanya sepasang je. bermula dari situ, aku da macam jatuh hati kat hamster ni. bole buat aku ketawa bila tengok telatah mereka. cewah. so pada suatu hari, selepas aku balik daripada kelas, aku nak kasi makan la kat dorang niy. aku pon usha2 la dorang niy. pastu aku tengok apahal yang si betina niy tak gerak-gerak kan. tercongok je macam bertenggek atas sesuatu. pastu aku usik-usik la dye. pastu aku tgk ada anak-anak hamster. terkejut! aku terus la kol so zaza ni. panic. xtau nak wat pe. pastu aku tunggu zaza ni balik dari keje.

kebetulan, hari tu patot nye aku kena bersihkan cage hamster. da cukup seminggu tak cuci. so nak tak nak terpaksa la. kami pon berangkut la si anak-anak ni pakai paper. sbb kawan aku cakap tak ley pegang ngan tangan lagi. nanti mak dye tak dapat bau anak-anak dye. bila da siap cuci, masukkan ibu dan anak-anak. time niy lagi tragis. aku tengok mak dye gigit anak-anak dye sampai luka. apa lagi. menangis la aku. haha. kelakar btol. bapak hamster niy aku letak asing. letak dalam tong sampah. haha. desperate katakan. takut nanti si bapak makan pulak anak-anak dye. ye la kan. hamster mane ade naluri kebapakkan. dye pon tak tau yg dye ade keupayaan beranak. haha


niy hari first mereka lahir.
23 december 2010.
pink lagi kan?


kemudian, selang beberapa hari, seko mati. aku pon tak dapat kesan sebab mak dye makan tanpa meninggalkan kesan!


niy gambar masa dah umor seminggu.
tinggal 6 eko je.
dah tumbuh bulu sket2.



haa.. ini lah maknye.
tengok lah tu.
dipijak-pijak nye anak dye.
jahanam punya mak.



ini bapak nye.
sedang sibok pilih cd game nak main ps2.
haha


2 minggu lepas tu, aku sibuk dengan viva sem lepas. macam tak sempat nak jengok2 mereka sangat. tau balik kasi makan je. so, pada hari viva aku tu, aku balik umah tengok anak hamster tinggal 5! lagi la sedih aku. kebetulan family aku ade sbb nk bawak aku balik kuantan. so, memang dah moody gila time tu, aku suroh la adik jantan aku cuci cage. sempat la tengok tengkorak anak hamster yang mati tuh. sedih. :'(

so, aku balik kuantan dengan perasaan hiba. keesokkan, bapa ku hadiahkan cage baru.

tadaaa!!!!


semakin hari semakin membesar.




tengok la mereka sedang bergembira.



heaven bagi mereka semua.



fuyooh!
lajunya.

pada suatu hari, mak aku kejut kan aku. sibuk bercerita. si mak hamster sama seeko anaknye sedang jogging tepi rumah. haha. aku da pelik. dah la mamai lagi time tu. bila diselidik, rupanya semalam aku lupa tutup cage. so si ibu hamster n anak nye sempat cabut lari. tapi mak aku sempat tengok n kejar. alhamdulillah. nasib baik tak hilang.

kemudian, ada satu lagi berita sedih. satu hari, aku bangun tido. kejadian berlaku masa aku kat kuantan lagi. macam biasa la, bila aku bangun first thing aku buat pegi jengok hamster kasi makan. aku pelik la kenapa macam tak cukup forum je. aku jengok dalam rumah hamster, rupanya mak hamster hilang! aku da nangis-nangis da cari dalam umah. aku kasi gegar rumah kejut adik-adik aku semua bangon cari hamster. aku keliling umah cari. sampai je part belakang umah, aku tengok miow apak aku sedang mengadap breakfast. hamster! oh god. time tu aku terus capai batu balik kat kucing apak aku. sedih. terus aku start motor, gerak pegi kedai mak aku. cerita bagai kat mak aku. mak aku terus balik kebumikan ibu hamster. tak sanggup aku melihat.

sejak daripada hari kejadian, aku lah yang gigih membesarkan 5 ekor anak. aku lah ibu, aku lah bapa. aku lah yang memberi susu. haha

bila anak-anak hamster dah besar, aku da tak larat nak kasi makan. maklumlah, aku nak bawak ke kl, mesti la kena pandai beli makanan sendri. kos sendiri. tak kan nak suruh mak aku belikan lagi kan. kebetulan adik aku si miza nak jaga hamster ni. so aku kasi la kat dye dua ekor. kaler grey n putih. walaupon sedih, aku terpaksa merelakan akibat kesempitan hidup yang aku lalui.

skang, aku menjaga si bapak hamster, sama 3 ekor anak. means, seko betina n 3 eko jantan. kesian si betina selalu digigit2. kesian dye.

hamster-hamster niy aku kasi makan karot je. kadang-kadang kalo aku makan kuaci, aku kasi la dorang makan sket. syer-syer. kalo aku terlupe beli makanan mereka, biskut pon aku bantai. mereka telan je. senang cite, ape aku makan, dorang makan. dorang niy la susah senang aku.

skang, impian nak try jaga hamster jenis ROBOROVSKI pula macam pic kat atas ni. ni aku snap masa jalan-jalan kat uptown danau kota itu hari. comel kan? kecik je.

jaga hamster niy banyak memberi manfaat kat aku. time aku sedih, hamster niy la jadi perawat luka hati. cewahh! tak de la. aku suke tengok telatah mereka. kalo korang nak, beli lah jugak. haha

0 kritikan diterima: